Jumaat, 16 Mac 2012

Khasiat Batu Geliga ?




Batu Delima Hijau. Dikeluarkan dari perbendaharaan Istana Jingga Alam Bunian di Gunung Jerai, Kedah dengan kaedah tertentu berserta bayaran mahar tertentu.






Batu Serai Warna Kuning berkhadam. Diambil dari pohon serai yang berbunga. Terdapat 70 biji batu serai dalam satu perdu pokok serai yang berbunga semasa ritual dilakukan untuk mengeluarkannya dan hanya dua biji sahaja yang mempunyai "keindahannya tersendiri" bagi yang mengetahui seperti dalam gambar


Batu Serai Merah Berkhadam,di ambil dari jenis perdu serai yang sama dengan batu serai kuning, hanya dua ini sahaja mempunyai "keindahan" daripada 70 biji yang dikeluarkan.





Geliga Air gred 2,warna putih dan kemerahan. Dikeluarkan dari Gunung Jerai dengan kaedah tertentu beserta mahar tertentu.
Khasiat : direndam dalam air bersih,boleh minum untuk menghilangkan dahaga



Geliga Lipan Jantan (merah) dan betina (putih jernih) pandang tembus dari Gunung Jerai.
Khasiatnya : lipan sahaja yang tahu






Apa kegunaan batu-batu tersebut? 
Hanya sekadar hiasan dan koleksi
Kalau dimakan,keras dan sakit gigi....

Apa khasiat batu-batu tersebut ?
Tiada apa-apa kelebihan pada batu-batu tersebut,menyimpannya harus, mempercayai ianya memberi khasiat tertentu harus, menyakini ianya dapat memberi kebaikan atau keburukan kepada kita adalah perbuatan Khurafat dan membawa kepada Syirik.

Kata orang,ianya boleh buat panggil duit?
Betul kalau ianya dijual dengan harga yang mahal,duit akan datang,batu itu akan pergi

Setakat ini tidak ada bukti nyata berkaitan perkara tersebut, saya pernah didatangi wakil orang yang konon mencari barang berkhasiat yang boleh panggil duit,apabila ditunjukkan koleksi barang yang saya miliki, berbagai jawapan dan alasan,konon "guru sedang berkhalwat", "guru sedang puasa", "guru pulang ke negeri asal sudah".
sehingga hari ini tidak ada yang berani datang lagi.

Kata orang lagi, kalau direndam dalam air,ianya akan jadi penawar kepada penyakit?
Ya betul, sifat air menyejukkan badan,menghilang panas dan dahaga,bila kekurangan air,badan akan mudah terdedah kepada penyakit,sebab itu Allah cipta 70% dalam badan kita mengandungi air, 70% bumi ini ialah air.
Batu-batu itu? tidak memberi kesembuhan kepada sesiapapun, Allah yang menyembuhkan setiap penyakit.

Kata orang lagi........?
Biarlah orang nak kata apa pun, yang penting akidah kena jaga,jangan sampai terbatal iman,jangan sampai khurafat,jangan sampai syirik kepada Allah

8 ulasan:

Samsuri Wahid berkata...

Saya setuju sekali. Saya peminat batu permata tapi saya benci mereka yg memasukkan unsur2 khurafat.

azid irin bin anggarun berkata...

Bagi saya segala sesuatu terjadi dgn izin Allah.begitu juga dgn benda2 ajaib yg ada khasiat dan kelebihan tersendiri ini.kita mempercayai benda2 tersebut ada kelebihan tidak salah krn semuanya itu datang dari Allah.Allah boleh menghidupkan benda mati dan begitu juga sebaliknya.Berkuasanya sesuatu itu adalah dgn izin Allah seperti ubat yg boleh menyembuhkan penyakit.Ubat tersebut hanyalah penyebab shj kuasa mutlak penyembuh adalah Allah SWT.Yang salah apabila kita mempercayai benda2 tersebut boleh menyembuhkan penyakit dan sebagainya tanpa meletakkan Allah Tuhan semesta alam yang Maha berkuasa yg telah memberi kelebihan pada benda2 tersebut.Tiadalah daya dan upaya melainkan dgn pertolongan Allah.Kalau kita berpegang pada akidah ini inshaallah kita tidak akan tersesat dari jalan yg lurus dan yg paling penting jangan mensyirik Allah.

S7D berkata...

tapi harus kita ingt..di mna Allah SWT menciptakan Haiwan berbisa..di situ juga ada ubatnya..jika geliga ini trhasil dari haiwan..dan kita memohon keberkatan dlm doa kita..seperti Ya Allah..sesungguhnya Aku x mnginginkan khadam pada batu itu sbgai perantaraan..sesunguhnya ia juga ciptaan mu..jika ia bgus untuk memulihkan kesihatan ku..kau berkatilah..sesungguhnya ciptaan mu teristimewa..

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum,

Terima kasih. Kini saya faham apa maksud tarik duit:)

Tanpa Nama berkata...

Utk ape Tuhan mencipta geliga yg sukar diperolehi jika tiada manfaat? Hmmm

Unknown berkata...

Saya pernah jumpa batu bersusun atas kaki Lima blkng rumah.. Dlm Kelam mlm warnanya jernih bagai air di daun keladi.. Bila diambil ia berubah warna.. Berbagai warna.. 15 biji semua dan 2 bentuk cincin batu putih. Kesemuanya bagai penghibur hati disaat kepenatan menjaga orgtua yg Sakit. Simpan seminggu sahaja kemudian buang ke dlm sungai..

Unknown berkata...

Saya mempunyai batu geliga warna putih susu bila dia basah warna nya beruba menjadi warna kaca

Unknown berkata...

Batu geliga hijau dalam ada air